Saturday, August 27, 2011

Berkobar-kobar.

Jyeah! Semangat raya dah semain berkobar-kobar nampak nya. Aww, tiba-tiba malam niy terasa sangat macam nak dekat sangat dah raya. Yes, 2 more days to go, baybeh. *lompat-lompat tikam!

Mana tak nya semangat raya, hari niy je dua orang tuntut cupcakes raya masing-masing. Macam lipas kene spray Shieldtox laa gua menyiapkan order2 cupcakes. hua! Berbaloi yuuuu! Maceyh korang. Ai taw u mesty baca ini. =p =p
Anyway, hari niy juga birthday ayah yang ke err, ke berapa eyh? ke 17 kot. eheh! Apa pon.. Ayah, Happy Birthday! Semoga Allah merahmati ayah, dipanjangkan umur, murah rezeki dan dikurniakan kebahagiaan dalam hidup ayah. :")
Dannnnn hasil dari titik2 peluh itu, dapat laaa presentkan ayah sepasang seliper Hush puppies yang tidak kurang hebat mahal nya, dan belanja iftar tadi. Tapi aaaaaa ralatnya ta dpt nak belanja kat Kenny. Terpaksa lah makan kat Waffle House je. Sobs.

Tinggal dua hari niy je, banyak betol benda yang dah di plan. Esok macam rasa nak kemas satu rumah sebab memandangkan rumah dah rupa sarang tebuan dah! selerak sini sana. Semak bulu mata memandang. Tapi itu lah! Bila fikir balik tenaga, macam takde tenaga je nak kemas di siang2 hari. Baru lap cermin, dah penat. *Alasan tanak puasa la tu.
Eh ta boleyh2! Ta puasa ta boleyh raya. Okey, caiyok, semangat balik untuk mengemas. Hari isnin pulak, nak start masak-masak and baking macam cake. Amboi, mama dah siap buat list cake perisa apa yang perlu dibuat. Alahai, makin pendek laa olie macam niy. haha! :P

Time saat2 akhir macam gini, mesty best gila pergi shopping raya. Kadang2 shopping last minit niy best. Baru terasa kemeriahan aidilfitri. Kalau shopping awal2, time sekarang niy dok tongkat dagu. Semua barang dah beli, so tataw dah nak beli apa. Kadang2 nak jugak beli barang merepek pon tatau nak barang apa. So better dok umah diam2, lipat kain, kemas umah. Tunggu saat raya, rasmi kan barang2 raya. Yahuw! *excited.

Tema baju raya kite tahun niy kaler kuning. Korang kaler apa :")
Selamat Hari Raya.

Bye!

Sunday, August 21, 2011

Semoga Tabah.


Tiba-tiba terdetik pulak nak tulis pasal entry ini. Nak tulis entry tapi tatau nak tajuk apa. Puasa ada lagi lebih kurang seminggu je lagi. Biase la, sejak puasa niy liat betol mata nak bangun pagi2. Ade la beberapa kelas yang terskip sebab terlajak tido. Huaa, kalau sahur makan banyak2 mesty susah nak bangun kalau tido lepas makan. Lagi pulak kalau dah sahur pastu minum ho ho ho horlick. Mesty nyenyak sampay pukul 12. Hehe! :B

Pagi tadi macam biasa bangun bukak surat kabar (Facebook pon sebenarnya), pastu terjumpa la satu link ini. Tersentap nya bila tengok gadis cantik dan sempurna niy boleh bertukar nasib.
:"( Dan hati pon mula lah terdetik dan insaf seketika bila lihat kembali diri sendiri. Kalau lah benda-benda mcm niy terjadi pada kita sendiri atau ahli keluarga, macam mana lah kite nak menghadapi dugaan berat ini? (mintak dijauh-jauhkan lah, amin). Betapa kita mensyukuri nikmat yang Allah s.w.t beri pada kita hari niy dari segi kewangan, kesihatan, kebahagiaan dan macam2 lagi tak tersebut dibuatnya. Mungkin juga ini adalah kenikmatan yang diberi untuk akan datang dan sebab itu lah diberi dugaan seperti ini di dunia kini. Sesungguhnya kita percaya, apa yang terjadi itu, sebenarnya ade hikmah nya. Allah itu telah tulis perjalanan hidup kita sebaik-baiknya dan Dia tahu apa yang terbaik untuk umatnya.
Tapi perkara begini betul-betul buatkan aku berfikir jugak lah. Macam, kalau.. Er, Allah tu kalau nak tarik kenikmatan yang diberi dalam sekelip mata je. Tengah-tengah jogging pon boleyh jadi jugak. Mana tau tengah makan aiskrim pon boleyh jadi kalau Dia nak tarik. Astaughfirullahalazim. Jadikan lah dugaan yang diterima saudara saudari kita ini sebagai pengajaran buat diri sendiri dan dapat jugak sedikit sebanyak memuhasabah diri. Juga nak mengingatkan diri sendiri supaya syukur apa yang ada sekarang mahupun dari segi kesihatan, kekayaan, kejayaan, kebahagian dan kesempurnaan hidup. Jangan sangat kita melebih-lebih, dan jangan sangat kita terkurang. Biar hidup ini sederhana sahaja.

Buat Rara, semoga cepat sembuh and may God bless you always.


*Tadi kita gi shopping raya beli barang nak hias rumah. Mesty semua orang pon perpusu-pusu shopping raya walaupon duit takde. Huhu. Cermin kereta ayah sebelah driver pecah retak sejuta. So, ayah jadi tension kat rumah. Bila ayah tension, emak dan anak pon pergi keluar membeli belah habeskan duit sementara ayah garu kepala memikirkan duit terbang dengan sia-sia kat cermin kereta. -_-"
Nak dekat-dekat raya niy memang banyak dugaan. Senyum je!